Saturday, January 31, 2015

Sambutan Ponggal di Sekolah

Pada 31 Januari 2015, telah diadakan sambutan hari Ponggal peringkat sekolah. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang hari ini. Antaranya acara memasak nasi Ponggal dan pertandingan melukis dan mewarna.






Thursday, January 22, 2015

Bengkel KBAT

Bengkel KBAT (Kemahiran Berfikir Aras TInggi Dalam PdP)  telah diadakan di sekolah pada hari Khamis 22 Januari 2015 Kursus ini telah disampaikan oleh  Puan Hajar binti Lat, (School Improvement Partner). 

Dalam bengkel ini, guru-guru telah diberi pencerahan mengenai kaedah-kaedah yang boleh digunakan melalui pendekatan penggunaan kemahiran berfikir aras tinggi serta cabaran-cabaran dalam KBAT. Guru-guru juga diberi tunjuk cara membuat peta pemikiran menggunakan I-Think. Guru-guru seterusnya telah membuat contoh-contoh latihan dan aktiviti menggunakan 8 peta pemikiran dalam I-Think.










Tuesday, January 20, 2015

Hari pertama persekolahan sesi 2015 telah berlangsung pada 11 Januari 2015. Persekolahan pada tahun ini telah yang sepatutnya bermula pada 4 Januari telah ditangguhkan selama minggu. Hal ini disebabkan bencana banjir  yang telah melanda negara.

Aktiviti pembelajaran berjalan lancar. Walau pun terdapat  beberapa orang murid yang masih terpaksa ditemani oleh ibu bapa. Pada hari pertama ini juga, PIBG dan MIC Alor Setar telah memberi sumbangan alat-alat tulis kepada murid-murid Tahun Satu.

Wednesday, January 14, 2015

Pemberian Bantuan Awal Persekolahan

Pemberian Bantuan Awal Persekolahan kepada para waris murid telah dilaksanakan pada 14 Januari 2015.