Tuesday, April 22, 2014

Pertandingan K200

 Pada 20 April, telah diadakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang Pertandingan K200. Pertandingan K200 ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi gelakan kepada murid-murid menulis karangan dalam bahasa Melayu.  Di samping itu, murid akan dapat menambahkan pengetahuan mereka mengenai tajuk-tajuk karangan dan isi-isi  yang berkaitan dengan tajuk karangan. Selain itu juga, melalui  Pertandingan K200 ini juga akan dapat meningkatkan kosa kata  atau perbendaharaan kata bahasa Melayu di kalangan murid-murid. Ini seterusnya diharapkan akan dapat meningkatkan pencapaian bahasa Malaysia dalam ujian dan peperiksaan.

Pelaksanaan: 
Setiap orang murid dikehendaki menyediakan sebuah buku . Pada setiap minggu guru akan memberikan sebuah tema karangan yang perlu dicari dan disalin oleh murid-murid. Tujuan murid dikehendaki menyalin semula contoh karangan yang dicari adalah untuk peneguhan. Di samping mereka menulis, dalam masa yang sama, murid-murid akan membaca contoh karangan tersebut. Ini akan memantapkan pengetahuan murid dalam penulisan karangan Bahasa Malaysia.


Guru akan memungut semua buku pada hari terakhir setiap bulan bagi mengira jumlah buku yang telah disalin oleh murid-murid. Tiga orang murid bagi setiap kelas  yang menyalin karangan terbanyak akan menerima hadiah.














Pertandingan Koakademik Bahasa Melayu



SJK(T) telah  mengambil bahagian dalam 4 acara dalam Pertandingan KoAkademik Bahasa Melayu yang diadakan di SK HJ Mohd Shariff.

           Murid yang terlibat dalam pertandingan tersebut  ialah R.Tiloshini ( Pertandingan Bercerita Tahap Satu) ,M. Dhaneswary (Pertandingan Syair Tahap Satu), M.Kirtana (Pertandingan Bercerita Tahap 2) dan P.Kushiala ( Pertandingan Pidato Tahap Dua)

        Cikgu Cik SuryaKala bertiugas sebagai guru pengiring manakala Cikgu Che Ku Nor Azizah bt Che ku Hassan pula dilantik menjadi hakim bagi pertandingan bercerita tahap satu.

            Pertandingan ini bermula pada jam 2.00 petang dan berakhir pada pukul 6.00 petang.  Walaupun tidak berjaya mendapat  tiga tempat utama, murid-murid SJK(T) Barathy yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini telah menunjukkan kesungguhan dan  keazaman yang tinggi.




Tuesday, April 8, 2014

Program Teknik Menjawab Soalan UPSR Tahun Enam 2014. ( Program Pemuafakatan Sekolah-sekolah Dalam Kompleks Pendidikan)

Program Teknik Menjawab Soalan UPSR Tahun Enam 2014, merupakan antara program yang dirangka dalam Pemaufakatan Sekolah-sekolah Dalam Kompleks Pendidikan.  Program teknik menjawab ini telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 6 dan 7 April 2014 bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah.
 Matlamat program ini adalah untuk memberikan pendedahan terhadap bentuk-bentuk soalan dan teknik menjawab soalan UPSR. Di samping dapat meningkatkan peratus kelulusan UPSR dan meningkatkan kualiti A dalam semua mata pelajaran.


 Semua murid Tahun Enam dari 4 buah sekolah dalam Kompleks Pendidikan ini terlibat dalam program ini. Sekolah-sekolah  yang terlibat ialah SK Haji Mohd Shariff, SK Tunku Abdul Halim, SJK(T) Barathy dan SJK(C) Keat Hwa S.


Murid-murid mendengar taklimat yang diberikan oleh pihak urus setia pada sebelah pagi.


 Pada hari Ahad (6 April 2014), telah dijalankan 2 slot ceramah iaitu ceramah teknik menjawab soalan Bahasa Melayu dan ceramah teknik menjawab soalan Bahasa Inggeris. Manakala, pada hari berikutnya pula, dijalankan ceramah teknik menjawab soalan Sains, Matematik. Ceramah ini dijalankan  dalam dua slot. Slot pertama bermula pada jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi, manakala slot kedua pun pada jam 11.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.
Cikgu Che ku Nor Azizah menyampaikan ceramah mengenai teknik menjawab soalan Bahasa Melayu kepada murid-murid.



Ceramah Teknik Menjawab Soalan Bahasa Inggeris pula disampaikan oleh Cikgu M.Ananda Kitha.









Wednesday, April 2, 2014

Pertandingan Teater Bahasa Malaysia Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Peringkat Kebangsaan

Tahun ini, sekali lagi SJKT Barathy mengambil bahagian dalam Pertandingan Teater Bahasa Melayu Sekolah2 Jenis Kebangsaan Tamil Peringkat Kebangsaan. Pasukan Teater SJKT Barathy dipimpin oleh Cikgu Che ku Nor Azizah bt Che ku Hassan dan Cikgu Encik Kathiravan.

Pada tahun ini, pasukan teater SJKT Barathy telah mempersembahkan teater yang bertajuk  Putera Alam Buana. Antara murid yang mengambil bahagian dalam teater ini ialah:

M.Poojea   sebagai  Permaisuri
P.Kushiala  sebagai  Puteri Ulam Raja
Vengadesh  sebagai  Putera Alam Buana
Niveetha    sebagai  Dayang
Teesha Poornie  sebagai Dayang
Indrani       sebagai Pawang
Aravindran sebagai Datuk Bendahara
Tanoj          sebagai Datuk Temenggunh
Danesh       sebagai  Panglima
M.Keethana sebagai Cermin Ajaib dan suara latar

Sebelum pertandingan berlangsung, latihan lakonan telah dijalankan hampir semula sahaja. Satu jawatankuasa telah dibina untuk membantu melancarkan perjalanan teater ini. Guru-guru telah membuat gotong royong membina prop latar tempat untuk pertandingan teater ini.






Pertandingan Teater Bahasa Malaysia Sekolah-sekolah Tamil Peringkat Kebangsaan ini diadakan berperingkat-peringkat iaitu mengikut negeri-negeri. Dalam negeri Kedah, 6 buah sekolah telah mengambil bahagian. Pertandingan ini telah diadakan di Auditorium Kebudayaan  dan Keseniaan Negeri Kedah pada 28 Mac 2014.  

Para pelakon tearter SJKT Barathy telah mempamerkan persembahan yang cemerlang. Terima kash diucapkan kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan Teater Putera Alam Buana. Sekalung penghargaan juga diberkan  kepada semua murid yang terlibat kerana dapat memberikan komitmen yang jitu untuk menjayakan teater ini sekali pun terpaksanya mengorbankan cuti semester selama seminggu.