Thursday, September 26, 2013

Kunjungan KUNTUM di Sekolah

Hari ni SJKT Barathy telah dikunjungi oleh pihak penerbitan majalah .KUNTUM. Murid-murid begitu teruja dengan kedatangan pihak KUNTUM di sekolah, terutamanya dengan adanya maskot KUNTUM  yang menghiburkan murid-murid. Murid-murid yang berjaya menjawab soalan kuiz  telah menerima hadiah daripada pihak KUNTUM..











Wednesday, September 4, 2013

Program Kecemerlangan UPSR Sekolah2 Rendah Kompleks Pendidikan

Pada 3 September 2013, berlangsung di Dewan Asshariff, SK HJ Mohd Shariff, telah dijalankan satu program iaitu Program Kecemerlangan UPSR Sekolah2 Rendah Kompeks Pendidikan di Bawah Program Transformasi Pendidikan Daerah (DTP).

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan  Negeri Kedah. Seramai 80 orang murid yang mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan percubaan UPSR baru-baru ini telah turut hadir dan menerima hadiah daripada Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah. Seramai 5 orang murid SJKT Barathy turut sama menerima hadiah. Mereka ialahVinesh, Harishwaran,  Kaviraj, Leveneswaran dan Divya Dashini. Tahniah diucapkan.


















Perjumpaan Waris & Penyampaian Hadiah Galakan UPSR

Satu majlis perjumpaan dengan para waris Tahun Enam telah diadakan pada 29 Ogos 2013 yang lalu. Dalam perjumpaan pada kali ini, satu perbincangan antara guru dan para waris telah jalankan demi mencari jalan yang terbaik untuk meningkatkan pencapaian murid-murid dalam UPSR nanti. Perjumpaan kali ini turut disertai oleh calon-calon UPSR. Guru Besar telah menyampaikan hadiah-hadiah kepada murid-murid yang mencapai keputusan yang baik dalam percubaan UPSR baru-barui ini. Sebagai galakan kepada murid-murid lain, hadiah-hadiah turut diberikan kepada semua murid yang telah lulus semua mata pelajarandalam peperiksaan percubaan.