Monday, May 20, 2013

Bengkel Pengurusan PBS

Satu Bengkel Pengurusan  PBS telah dijalankan di SJKT Barathy pada 20 Mei 2013 . Bengkel ini diadakan di Makmal ICT SJKT Barathy pada jam 2.00 petang hingga 5 petang.. Dua orang guru  yang telah menyertai kursus Pengurusan PBS di Langkawi baru-baru ini telah menjadi fasilitator dalam bengkel pada petang ini. Banyak info yang terkini telah disampaikan dalam pembengkelan pada hari ini.






Thursday, May 16, 2013

Sambutan Hari Guru 2013 : 1 Asperasi 1Agenda

Pada 16 Mei , seluruh warga SJKT Barathy meraikan Sambutan Hari Guru.
 Memetik kata-kata Menteri Pelajaran semasa merasmikan Sambutan Hari Guru 2013 baru-baru ini antara lain menyatakan  bahawa kesejahteraan dan kehidupan selesa yang kita nikmati pada hari ini adalah hasil sumbangan dan
berkat kegigihan serta pengorbanan guru dalam bidang pendidikan. 

Tugas guru pada alaf ini menjadi semakin penting kerana bidang pendidikan merupakan penentu kejayaan sesebuah negara. Cabaran besar untuk mendidik murid agar menghargai nilai keinsanan, menghormati perbezaan adat dan budaya serta memperkukuh perpaduan dan jati diri memerlukan guru yang bukan hanya mahir mengajar tetapi juga bijak membimbing.

"GURU MALAYSIA: 1ASPERASI, 1AGENDA" Itulah tema tahun 2013 untuk Hari Guru yang disambut pada hari ini 16.05.2013. Tema ini merupakan cerminan harapan rakyat dalam melahirkan generasi masa hadapan yang lebih cemerlang di negara kita. Seluruh warga pendidik wajar memahami hasrat dan kehendak dalam PPPM dengan berusaha memberikan pendidikan berkualiti menjangkau ke seluruh lapisan kanak-kanak sesuai dengan prinsip pendidikan untuk semua tanpa membezakan kaum, status sosial, taraf ekonomi, dan agama.

Dalam sambutan Hari Guru kali ini, pelbagai acara telah diadakan. Antara nya acara perhimpunan khas, acara  padang atau sukaneka dan acara persembahan.


Ucapan daripada Puan S.Amuniyyamal, Guru Besar SJKT Barathy

Guru-guru menyanyi lagu  Hari Guru dan lagu Tema Hari Guru


Hadiah untuk cikgu!



Bukan main seronok lagi murid-murid

Hadiah bagi kumpulan yang menang dalam acara sukaneka.










Sunday, May 12, 2013

Selamat Hari Ibu!

Tengah hari tadi diadakan Sambutan Hari Ibu di SJKT Barathy. Sebanyak 2 biji kek telah disediakan untuk guru-guru. Terima kasih kepada pihak-pihak yang menyumbangkan kek-kek tersebut. Selamat Hari Ibu!










Juara Futsal PraSekolah

Kanak-kanak Pra Sekolah SJKT Barathy menjuarai Pertandingan Futsal Pra Sekolah Peringkat Kota Setar

.

Friday, May 3, 2013

Science Fair

Pada 25 April 2013, SJKT Barathy  telah mengadakan  Program 'Science Fair' peringkat sekolah. Program ini telah dikelolakan oleh Panitia Sains  SJKT Barathy. Program ini telah berlangsung dengan penuh kemeriahan yang melibatkan semua murid dan turut menjemput para waris untuk memeriahkannya.

Program  Science Fair ini dilangsungkan beberapa hari di mana  pada peringkat pertama, murid-murid akan bertanding dalam kumpulan mengikut kelas bagi setiap tahun. Kemuncaknya, kumpulan-kumpulan yang  mendapat tempat pertama akan mewakili kelas  dalam pertandingan peringkat keseluruhan yang diadakan pada hari Khamis.Ibu bapa turut dijemput untuk menyertai acara membina replika KLCC menggunakan straw.

Antara objektif utama pelaksanaan  Science Fair ialah untuk meningkatkan kebolehan berfikir secara kreatif  dan inovatif dalam kalangan murid serta memberi peluang kepada para peserta untuk terlibat dalam program-program yang serupa di peringkat yang lebih tinggi.

Hadiah-hadian dan sijil penghargaan telah disampaikan oleh Puan Guru Besar kepada para peserta. Tahniah dan syabas kepada semua.















Pertandingan KoAkademik Bahasa Melayu Peringkat PKG Alur Janggus

Pada 22 April 2013 yang lalu, beberapa orang murid SJKT  Barathy telah menyertai pertandingan KoAkademik Peringkat PKG Alor Janggus di SK Hj Mohd Sharif. Dalam pertandingan itu, murid sekolah ini telah menyertai pertandingan sajak, bercerita tahap 2 dan pertandingan Pidato. Tahniah kepada murid-murid berkenaan kerana menunjukkan kesungguhan dan semangat yang tinggi dan menerima pujian daripada juri. Murid yang terlibat adalah  Kushiala  a/p Palani, Nivetha a/p Murali dan Indrani.Tahniah dan syabas!