Monday, April 22, 2013

Pertandingan KoAkademik Peringkat PKG Alor Janggus

Pada 22 April 2013 yang lalu, beberapa orang murid SJKT  Barathy telah menyertai pertandingan KoAkademik Peringkat PKG Alor Janggus di SK Hj Mohd Sharif. Dalam pertandingan itu, murid sekolah ini telah menyertai pertandingan sajak, bercerita tahap 2 dan pertandingan Pidato. Tahniah kepada murid-murid berkenaan kerana menunjukkan kesungguhan dan semangat yang tinggi. Murid yang terlibat adalah  Kushiala  a/p Palani, Nivetha a/p Murali dan Indrani.


Friday, April 12, 2013

Selamat Hari Lahir!

Selamat Hari Jadi Cikgu-cikgu!
Acara  memotong kek hari jadi telah dijadikan acara wajib bagi meraikan hari jadi guru-guru. Kali ini acara memotong kek  adalah bagi meraikan hari jadi Cikgu Cik Suriyakala, Cikgu Cik Thamaryanti dan Cikgu Puan Sagayamary....Selamat hari lahir!
Cikgu Ananda mengetuai nyanyian lagu Selamat Hari Lahir



Add caption




Terima Hadiah

Dalam majlis perhimpunan pagi pada hari ini, telah berlangsung acara penyampaian hadiah bagi beberapa aktiviti yang telah dijalankan sebelum ini. Antaranya ialah, Pertandingan Mewarna Anti Dadah dan Pertandingan Perpustakaan Mini Kelas . Guru Besar telah menyampaikan semua hadiah kepada pemenang. Turut disampaikan pada pagi ini ialah penyampaian sijil-sijil kepada pengawas sekolah.








Friday, April 5, 2013

Pertandingan Teater

Pada 29 Mac yang lalu, SJKT Barathy telah menyertai Pertandingan Teater Bahasa Malaysia Sekolah-sekolah Tamil Peringkat Kebangsaan  2013. Pertandingan  teater ini adalah anjuran Fenomena Seni Pentas dengan kerjasama  Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara ( Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia) dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pertandingan ini telah berlangsung di Auditorium Kompleks Budaya Negeri Kedah. Tajuk teater yang dipersembahkan ialah Si Bading. Skrip teater disediakan oleh Cikgu Che Ku Nor Azizah. Teater Si Bading ini telah diarahkan bersama oleh Cikgu Che ku Nor Azizah dan Cikgu Kartiravan. Murid-murid yang terlibat dalam lakonan ini ialah :
Kushiala (Watak Mak Banang
Jaya Naveen ( Watak Si Bading )
AnandaJothy ( Watak Jin Pakai Toncit)
Vinesh           (Watak Pak Mat)
Teesha           ( Mak Nenng)
Niveetha        ( Siti Payung )
Neesha          ( Mak Dara )
DivyaDarshini (Suara Latar)

Tahniah diucapkan kepada semua murid yang mengambil bahagian dalam persembahan Teater Si Bading .Mereka  telah mempersembahkan teater ini dengan  begitu cemerlang sekali. Terima kasih juga kepada semua warga sekolah yang bertungkus lumus menyiapkan persiapan untuk teater seperti menyiapkan  prop dan sebagainya.






























Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-35



Mesyuarat Agung PIBG kali ke -35 telah  diadakan  pada 21 Mac 2013 . Mesyuarat ini berlangsung dari jam 2.00 petang hingga jam 6.30 petang.  Pendaftaran kehadiran para waris diadakan pada jam 2.00 petang.  Mesyuarat Agung PIBG pada kali ini telah dirasmikan oleh YB Dr Cheah Soon Hai. Mesyuarat ini  juga telah  memilih jawatankuasa baharu bagi tahun ini. Mesyuarat Agung PIBG tamat pada pukul 6.30 petang. Tahniah kepada semua AJK yang telah terpilih.