Thursday, January 26, 2012

Selamat Datang dan Selamat Bertugas

Cikgu Cik Thamayanthi a/p Krishna RadiCikgu Badrul


Guru Besar Baharu, Puan S.Amuniyammal bersama Guru Pen.Kanan Kurikulum

SJK(T)Barathy telah menerima seorang lagi guru baharu iaitu Cik Thamayanti a/p Krishna Radi. Beliau merupakan seorang guru opsyen Pengajaran Pendidikan Khas dan mengajar di Kelas Pemulihan Khas.

Terdahulu, SJK(T) Barathy turut menerima seorang guru opsyen Bahasa Inggeris yang baharu iaitu Cikgu Badrul. Cikgu Badrul sekarang mengajar di kelas Tahun Satu dan Tahun Dua dan Tahun Lima. Selain itu juga, seperti mana yang telah dimaklumkan sebelum ini, pada tahun 2012 ini juga, SJK(T) telah menerima Guru Besar baharu iaitu Puan S.Amuniyammal yang telah menggantikan guru besar sekolah ini yang telah bersara pada akhir tahun yang lalu.

Warga sekolah mengalu-alukan kehadiran Cikgu Thamayanthi , Cikgu Badrul dan Puan S,Amuniyammal sebagai warga SJKT Barathy.

Thursday, January 19, 2012

SAMBUTAN PONGGAL 2012 PERINGKAT SEKOLAH

YDP PIBG SJKT Barathy, Encik Thiru Chandru sedang mengikat batang tebu.

Pada 18 Januari yang lalu, SJKT Barathy telah mengadakan Sambutan Perayaan Ponggal pada peringkat sekolah. Antara objektif sambutan ini diadakan adalah untuk menerangkan mengenai sejarah dan keunikan perayaan tradisional kaum India seperti Ponggal kepada para pelajar. Di samping itu juga, sambutan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi perpaduan yang sedia terjalin di antara murid-murid dan guru-guru di sekolah ini dengan murid-murid dan guru-guru di sekolah yang berdekatan.

Program ini turut melibatkan aktiviti RIMUP, di mana murid-murid Melayu dari sekolah-sekolah yang berdekatan iaitu dari SK Tunku Abdul Halim dan dan SK Hj Mohd Sharif telah dijemput untuk mengambil bahagian dalam beberapa acara. Antaranya ialah acara membuat Ranggoli Kolum, mengikat Malai dan Toranam. Aktiviti ini nyata telah memberi pendedahan kepada mereka mengenai kebudayaan kaum India dan ini sekali gus telah juga dapat mengeratkan perpaduan antara kaum.

Sambutan Ponggal kali ini disambut dengan begitu meriah sekali. Para waris turut hadir bagi memeriahkan lagi sambutan pada kali ini. Acara dimulakan seawal jam 7:30 pagi dengan pertandingan memasak nasi Ponggal . Program RIMUP pula dijalankan pada jam 10 pagi. Hadiah-hadiah serta sijil-sijil kepada murid-murid telah disampai oleh Encik Lee,Pegawai Penyelia Sekolah-sekolah Tamil dan Cina Daerah Kota Setar,
Cikgu Kathiravan sedang memberi tunjuk ajar kepada murid-murid cara mengikat bunga malai.

Seorang murid dari SK Hj Mohd Sharif sedang belajar mengikat malai.


Murid-murid Sekolah Kebangsaan Hj Mohd Sharif dan Sk Tunku Abdul Halim mencuba bakat membuat kolum



Salah seorang AJK PIBG SJKT Barathy sedang menunjukkan cara-cara mengikat Toranem kepada murid-murid SK Hj Mohd Sharif dan SK Tunku Abdul Halim.



Sunday, January 15, 2012

Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah

Warga SJKT Barathy turut serta dalam perbarisan sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah ke-84.

Saturday, January 14, 2012

Ceramah Motivasi Keibubapaan

Satu Program Motivasi Keibubapaan telah diadakan di SJKT Barathy pada 12 Januari 2012. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Encik P.Tamilselvan iaitu Penolong Pengarah, Unit Bahasa 2, Sektor Pengurusan Akademik ,Jabatan Pelajaran Negeri Kedah di atas kesudian menyampaikan ceramah dalam majlis tersebut.

Align Centre
Ucapan daripada Puan S.Amuniyammal , Guru Besar SJKT Barathy.

Encik P.Tamilselvan, Penolong Pengarah, Unit Bahasa 2, Sektor Pengurusan Akademik, JPN Kedah sedang menyampaikan ceramah motivasi kepada ibu bapa.



Aktiviti Unit Beruniform, Kelab dan Persatuan

Pada hari Rabu ,12 Januari yang lalu, telah dijalankan perjumpaan unit beruniform, kelab dan persatuan kali pertama. Setiap unit beruniform , kelab dan persatuan telah mengadakan mesyuarat masing-masing bagi memilih jawatankuasa bagi unit, kelab dan persatuan masing-masing.



Sunday, January 8, 2012

Perlantikan Ketua dan Penolong Pengawas Sekolah 2012

Hari ini telah dilaksanakan perlantikan Ketua Pengawas dan Penolong Ketua Pengawas Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Barathy. A.Dharsini murid Tahun 6 Valluvar telah dilantik sebagai Ketua Pengawas bagi tahun 2012 manakala M.Vishalini pun telah dipilih sebagai Penolong Ketua Pengawas. Perlantikan ini telah disempurnakan oleh Puan Guru Besar SJKT Barathy Puan Puan S.Amuniyammal semasa majlis perhimpunan pagi.
i


Puan S.Amuniyammal menyarungkan 'blazer' kepada Ketua Pengawas dan Penolong Ketua Pengawas




Tuesday, January 3, 2012

Kembali ke Sekolah

Hari pertama persekolahan bagi sesi 2012 bermula pada hari ini dengan lancar dan menggembirakan. Seawal 7 pagi, ramai para waris telah berkumpul di kawasan sekolah untuk menghantar anak-anak terutamanya yang baru sahaja menjejakkan kaki ke alam persekolahan iaitu di Tahun Satu. Suasana begitu meriah sekali di mana terdapat ramai para waris telah hadir ke sekolah untuk menghantar anak-anak mereka di samping ada juga yang datang untuk menyelesaikan beberapa urusan dengan pentadbiran sekolah dan ada antaranya membeli peralatan atas tulis di kedai buku sekolah.

Sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula, beberapa aktiviti telah dijalankan. Antaranya, perhimpunan pagi dan juga taklimat ringkas oleh Puan Guru Besar kepada pada waris murid-murid Tahun Satu.

Wajah-wajah ceria murid-murid Tahun Satu
Sikap yang baik ditunjukkan oleh Vinesh, murid Tahun 5, yang memakaikan tali leher kepada murid Tahun Satu.

Puan S.Amuniyammal, Guru Besar SJKT Barathy yang baru sedang menyampaikan ucapan kepada semua murid.
M.Havineshwaran menerima sijil dan pingat kemenangan pertandingan squash terbuka negeri Kedah daripada Puan S.Amuniyammal
Puan Devi sedang berurusan dengan para waris yang datang untuk menghantar anak-anak mereka ke Kelas PraSekolah.

Guru Tahun Satu, Puan Saralla dan ibu bapa waris murid Tahun Satu sedang berbincang mengenai murid-murid.


Cikgu Hemarani sedang mengedar tag nama kepada murid-murid

Cikgu Balendran (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sedang membetulkan tali leher seorang murid.

Para waris murid Tahun Satu memerhatikan anak-anak mereka yang berada di dalam kelas.
Cikgu Badrul sedang menjalankan pengajaran di Kelas 2 Valluvar

Kami dah bersedia untuk belajar!~ Murid-murid Tahun Tiga yang begitu bersemangat.

Puan S.Amuniyammal menyampaikan taklimat ringkas kepada para waris murid Tahun Satu.

Para pengawas 2012 seronok mendapat jaket baharu.