Monday, July 25, 2011

Hadiah sebagai Penggalak Pencapaian


Dalam perhimpunan pagi 24 Julai yang lepas, nurid-murid Tahun Enam yang berjaya mencapai keputusan yang baik dalam Peperiksaan Percubaan UPSR telah diberikan hadiah. Hadiah-hadiah tersebut adalah sumbangan daripada seorang penderma iaitu Encik K.Nagarajen, seorang ahli perniagaan yang juga merupakan bekas pelajar di SJKT Barathy. Beliau bermurah hati menyumbangkan hadiah-hadiah kepada murid-murid yang berjaya mendapat keputusan yang baik dan juga kepada murid-murid lemah yang telah menunjukkan peningkatan pencapaian.

Sesungguhnya, penyampaian hadiah seperti ini mampu menggalakkan murid-murid untuk terus berlumba-lumba mencapai kejayaan dalam peperiksaan. Pihak sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kash kepada Encik K. Nagararen di atas keperihatinan dan budi baik beliau memberkan sumbangan dalam usaha memotivasikan murid-murid untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran.

Sunday, July 24, 2011

Perhimpunan Pagi- Kunjungan Ketua Sektor Sumber Manusia JPN

Pada 17 Julai 2011 yang lalu, SJKT Barathy menerima kunjungan Ketua Sektor Sumber Manusia JPN Kedah, Tuan Haji Mohammad bin Abdul Hamid. Beliau telah menyampaikan ucapan pada perhimpunan pagi dan turut menyampaikan hadiah-hadiah kepada beberapa orang murid.



Menyemat lencana NILAM kepada adik Nivitha .

Saturday, July 2, 2011

Program Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia


Program Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia telah diadakan di seluruh Malaysia pada hari ini 2 Julai 2011. SJK(T)Barathy turut sama melaksanakan program tersebut pada peringkat sekolah. Program ini melibatkan semua warga sekolah termasuklah ibu bapa dan para waris. Laluan untuk Larian Serentak adalah sejauh 1.8 km iaitu mengikut trek merentas desa.

Selain acara dilakukan sempena Larian Serentak ini. Antaranya diadakan acara senamrobik sebagai aktiviti memanaskan badan sebelum acara larian dijalankan. Selepas tamat acara larian serentak , diadakan pula acara sukaneka dan membuat kolom. Semua acara ini melibatkan semua warga sekolah termasuk para waris. Sejurus tamat semua acara, telah dijalankan pula upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang. Acara berakhir pada jam 12.45 tengah hari.