Wednesday, March 30, 2011

Bumbung Terbang





Satu kejadian ribut yang disertai dengan angin kencang luar biasa telah melanda beberapa kawasan sekitar Alor Setar. Ribut yang melanda di kawasan ini telah menerbangkan bumbung tapak perhimpunan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Barathy, Jalan Stadium dan bumbung tiga bilik darjah sekolah berkenaan.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah, K Maniam berkata, akibat kejadian itu bekalan elektrik bagi bangunan tiga buah bilik darjah itu turut terputus.

Menurutnya, kejadian berkenaan tidak membabitkan kemalangan jiwa kerana semua pelajar dan kakitangan pelajar sudah pulang. Kejadian itu turut mendapat perhatian ADUN Derga, Dr Cheah Soon Hai. Kerugiaan adalah dianggarkan sebanyak hampir RM50,000.00.

Tuesday, March 29, 2011

Kerana Semut Pokok Binasa

3 batang pokok yang telah ditanam di kawasan sekolah dan berusia berpuluh-puluh tahun akhirnya telah tumbang menyembah bumi. Pokok-pokok yang tegak berdiri itu sebelum ini dikatakan menjadi tempat tinggal semut-semut api. Maka, hanya kerana semut, pokok-pokok rendang ini akhirnya ditebang. Perlukah?
Jentera yang digunakan untuk menumbangkan pokok.


Saturday, March 26, 2011

Gotong -royong Perdana


Satu Program Gotong-royong Bersama Warga Kompleks Pendidikan Negeri Kedah telah dijalankan pada hari ini 26 Mac 2011. Acara bermula pada jam 8:00 pagi di tapak letak kereta berhadapan bangunan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.

Tuan Pengarah dalam ucapannya berterima kasih kepada semua yang dapat hadir menjayakan program ini. Beliau berharap agar aktiviti gotong-royong ini diteruskan kerana sebenarnya gotong-royong ini adalah suatu kelangsungan warisan masyarakat kita sejak zaman berzaman.

SJK(T) Barathy turut melibatkan diri dalam program ini. Guru-guru telah hadir bekerjasama membersih dan menceriakan kawasan sekolah. Antara aktiviti yang dilakukan ialah melukis mural pada bangunan sekolah. Hujan lebat menyebabkan air melimpahi kaki lima

Walau bagaimanapun, program ini terpaksa diberhentikan sementera dan akan disambung pada hari yang lain memandangkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Hujan turun dengan lebatnya ketika aktiviti baru sahaja dimulakan.

Thursday, March 24, 2011

Cik K.N Piremalatha salah seorang guru pelatih yang menjalankan PBS di SJK(T) Barathy.

Pada 21 Mac 2011 Sjk(T) Barathy menerima 7 orang guru pelatih Program KPLI dan Program PISMP . Guru-guru pelatih ini menjalankan Program PBS ( Pengalaman Berasaskan Sekolah) selama 1 minggu manakala guru-guru pelatih KPLI pula melaksanakan Program ROS selama 2 minggu.

Doktor Di Sekolah




Program pendidikan dan rawatan pergigian dilaksanakan di sekolah. Pegawai perubatan dan jururawat pergigian dari Pusat Kesihatan Pergigian telah memberi pendidikan mengenai cara-cara menjaga kesihatan gigi kepada semua murid, termasuk murid-murid Tadika dan PraSekolah.




Selain memberi tunjuk ajar , pasukan perubatan ini juga turut membuat pemeriksaan gigi kepada murid-murid. Terima kasih diucapkan.

Monday, March 7, 2011

Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan

SJK(T) Barathy telah mengadakan LDP pada 5 Mac yang lalu. Latihan Dalam Perkhidmatan ini adalah berkaitan dengan Pemantapan Pelaksanaan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan.

Kursus ini bermula dari jam 8:30 pagi hingga jam 2:30 petang. Ia dihadiri oleh semua guru. Antara yang menyampaikan penerangan dalam kursus ini adalah Tuan Guru Besar, Encik M. Arokkiasamy yang menyampaikan taklimat mengenai Kurikulum Standand Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard PraSekolah (KSPK). Slot kedua diisi dengan taklimat daripada Guru Penolong Kanan Kurikulum, Puan R.Sasik kalah. Slot ini adalah berkaitan pendedahan semula SPPK dan KSSR. Encik Balendran pula mengisi slot ketiga yang bertajuk Pengurusan Ko-kurikulum.