Monday, January 17, 2011

Sambutan Ponggal di SJK (T) Barathy

Pada hari ini, telah dijalankan perayaan Ponggal di sekolah. Meriah. Aktiviti ini turut mendapat kerjasama yang erat daripada para waris. Pagi-pagi lagi semua dah berkumpul di perkarangan sekolah untuk menjayakan aktiviti ini. Tahniah dan syabas kepada semua warga sekolah dan para waris yang hadir.





Sunday, January 16, 2011

HARI KEPUTERAAN KDYMM TUANKU SULTAN KEDAH YANG KE 83

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN KDYMM TUANKU SULTAN KEDAH YANG KE 83

PADA:
16 JANUARI 2011

DAULAT TUANKU
SEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA TUANKU

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
AL SULTAN ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN
TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI
ALMARHUM SULTAN BADLISHAH

SULTAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN


Sebahagian daripada murid-murid dan guru-guru SJK(T) yang mengambil bahagian dalam sambutan Hari Keputeraan Sultan Kedah.


Para waris pun turut hadir.....terima kasih..

Saturday, January 15, 2011

Selamat berpindah....Selamat berpisah





Bertemu dan berpisah adat manusia biasa....hilang di mata, di hati tidak lupa.....

Selamat berpindah ke sekolah baharu diucapkan kepada Cikgu Nagavally yang akan menyambung perkhidmatan di SJK(T) Thiruvalluvar pada 17 Januari nanti. Sesungguhnya warga SJK(T) Barathy merasakan begitu kehilangan seorang guru yang berdedikasi dan komited terhadap tugas. Kami akan sentiasa mendoakan kesejahtaraan Cikgu Nagavally. Semoga di sekolah baharu, beliau akan terus mengekalkan kecemerlangannya dalam melaksanakan tugas sebagai seorang pendidik.

Friday, January 14, 2011

SELAMAT MENYAMBUT PERAYAAN PONGGAL PADA 15 JANUARI

Diucapkan selamat menyambut perayaan Ponggal kepada semua guru dan murid. Perayaan Ponggal diraikan oleh kaum India pada pertengahan bulan Januari bagi merakamkan Uttarayan atau pergerakan matahari menuju ke utara. Diraikan selama empat hari berturut-turut, Ponggal termasuk Bhogi merupakan acara terbesar selepas sambutan Deepavali dan Thaipusam. Jika di India, perayaan ini disambut lebih meriah daripada Deepavali selama seminggu. Di Malaysia, tidak kurang hebatnya peranan yang dimainkan dalam seisi keluarga. Pihak sekolah juga telah merancang untuk mengadakan sambutan Ponggal ini pada hari Isnin 17 Januari nanti.

Thursday, January 13, 2011

TERIMA KASIH DAUN KELADI


Pada hari ini, 13 Januari 2011, seorang penderma telah hadir ke sekolah untuk memberi sumbangan kepada murid-murid daripada keluarga miskin. Seramai 19 orang murid miskin telah menerima sumbangan berupa wang daripada En. Mohanadass dari Pertubuhan Jai Sri Ramakrishna , Alor Setar. Sumbangan ini bagi membantu ibu bapa melunaskan bayaran yuran khas dan keperluan pelajaran murid-murid. Pihak sekolah ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Mohanadass di atas keikhlasan beliau menderma untuk murid-murid miskin di sekolah ini.

Tuesday, January 11, 2011

Kempen Hari Tanpa Beg Plastik






Seluruh negara telah mengadakan kempen ' Hari Tanpa Beg Plastik' Kempen 'Hari Tanpa Beg Plastik' ini bertujuan bagi membendung masalah pencemaran yang semakin berleluasa. Sebagai penggantinya, orang ramai digalakkan membawa beg sendiri semasa membeli-belah atau menggunakan beg mesra alam.

Warga SJK(T) Barathy dengan kerjasama Rotary Club Of Alor Setar telah mengadakan kempen menyintai alam sekitar tanpa penggunaan beg plastik. Pihak Rotary Club telah menyumbangkan ratusan beg-beg mesra alam kepada warga sekolah.

Sunday, January 2, 2011

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH



Diucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua murid dan warga sekolah SJK(T) Barathy. Semoga tahun 2011 akan meningkatkan kecemerlangan kepada warga sekolah.