Saturday, May 29, 2010

Aktivti-aktiviti Pusat Sumber













Pusat Sumber SJK(T) Barathy telah menganjurkan pelbagai aktiviti yang antara lain bertujuan untuk menggalakkan murid-murid menggunakan Pusat Sumber Sekolah sebagai salah satu tempat untuk mendapatkan sumber ilmu. Selain itu, aktiviti-aktiviti yang dianjurkan juga telah banyak membantu dalam memberikan pendedahan kepada murid-murid kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan mata pelajaran yang mereka pelajari dalam pembelajaran harian di kelas.
Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah pelbagai jenis pentandingan, antaranya Pertandingan melukis muka buku, pertandingan banyak membaca, pertandingan menghafal dan mendeklamasikan sajak (dengan kerjasama Panitia Bahasa Tamil, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) dan Pertandingan membina kad ucapan bersempena Sambutan Hari Guru baru-baru ini.
Pusat Sumber sekolah yang diuruskan oleh Puan Kalaivani ini kerap mengadakan pameran-pameran . Antaranya adalah pameran buku-buku baharu. Melalui pameran seperti ini, murid-murid diperlihatkan mengenai buku-buku baharu yang ada di Pusat Sumber Sekolah yang sekali gus mampu menarik minat murid-murid untuk meminjam dan membaca buku-buku ini.

Wednesday, May 26, 2010

SENAM SENI - PROGRAM KECERGASAN





















Pada 26 Mei 2010, bertempat di Dewan Besar Al-Farabi, JPN Kedah dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Kedah telah mengelolakan Program Kecergasan untuk pegawai-pegawai/ staf Jabatan Pelajaran dan Bahagian Teknologi Pendidikan serta guru-guru dari 6 buah sekolah dalam Kompleks Pendidikan. SJK (T) Barathy turut mengambil bahagian, di mana 10 orang guru termasuk Tuan Guru Besar bersama-sama menyertai program ini.

Wednesday, May 19, 2010

PROGRAM GALUS

Program GALUS Bahasa Malaysia merupakan satu program yang dirangka bagi membantu murid-murid yang masih berada di tahap lemah untuk lulus dalam peperiksaan Bahasa Malaysia. Hasil daripada pemaufakatan antara sekolah-sekolah di Kompleks Pendidikan iaitu SJK(T) Barathy, SK Hj Mohamad Sharif dan SK Tunku Abdul Halim maka, pada 17 Mei 2010 yang lalu satu Program GALUS Bahasa Malaysia telah diadakan.
Program ini telah dilaksanakan bertempat di Bilik Melati, Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kedah. Ia dijalankan selama 2 jam iaitu dari jam 2:00 petang hingga 4:00 petang. Seramai 66 orang murid dari ketiga-tiga buah sekolah telah hadir. Ceramah telah disampaikan oleh Puan Khadri binti Abdullah, guru Bahasa Malaysia SK Tuanku Abdul Halim. Dalam siri ceramah ini, murid-murid telah didedahkan kepada aspek penggunaan perkataan dan tatabahasa.

SJK(T) telah menghantar seramai 22 orang murid untuk mengikuti ceramah ini. Senarai murid tersebut adalah seperti berikut;
1.Moganlal a/l Manikam
2. Nagulan a/l Baloo
3. Ragavan a/l Lavan
4. Banishini a/p Kusalan
5. Logeswari a/p Viknees baran
6. Mogana Priya a/p Balan
7. Nanthini a/p Raveendran
8. Sindhu Bairavi a/p Anandam
9. Tivyambigai a/p Santhra Segaran
10.Vikneswaran a/l Rajagopal
11. Asairithan a/l Ganesan
12. Bossganabathi a/l Vellow
13. John Nelson Raj a/l Johnson
14. Khartik a/l Pusadorai
15. Paramasivam a/l Mogan
16. Sathiya Seelan a/l Khatigesu
17. Thiru Arul a/l Elanggoh
18. Jagatheswary a/p Ravee
19. Renuga Devi a/p Thigarajan
20. Shalini a/p Johnson.
21. Priadasni a/p Paramasivam
22.Thivapiriya a/p Valera.


Thursday, May 6, 2010

Latihan Kawad Kaki


Latihan untuk pertandingan kawad kaki diadakan diperkarangan sekolah. Terima kasih kepada ahli jawatankuasa PIBG SJKT Barathy yang menyumbangkan tenaga melatih murid-murid untuk pertandingan kawad kaki.

Wednesday, May 5, 2010

Ceramah Motivasi



Panitia Pendidikan Moral SJK(T) Barathy telah mengadakan satu ceramah motivasi. Encik Seenu Guru Disiplin Sekolah Menengah Al-Bukhari, telah dijemput untuk menyampaikan ceramah kepada murid-murid. Ceramah ini telah diadakan pada hari Rabu 21April 2010, pada pukul 2:00 petang hingga 4:00 petang.

Monday, May 3, 2010

PERHIMPUNAN BULANAN (BULAN MEI)

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri ,
Tuan Haji Md Zin bin ABu Bakar sedang berucap

Guru Besar, Encik M.Arokkiasamy


Puan Che ku Nor Azizah bt Che ku Hassan sedang berucap


Persembahan daripada adik Mogana priya


Persembahan daripada adik Teesha

Persembahan daripada murid-murid Tahun Tiga


Pada 2 Mei 2010, bersempena dengan perhimpunan bulanan, kali ini SJKT Barathy telah menerima kunjungan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah, Tuan haji Md Zin bin Abu Bakar.

Dalam ucapannya, beliau mengingatkan murid-murid tentang pentingnya menghargai masa. Setiap orang perlu bijak mengurus masa untuk menghadapi cabaran-cabaran dalam pelajaran demi mencapai kejayaan kelak. Selain itu, beliau turut menyentuh tentang kepentingan perpaduan antara kaum. Semangat perpaduan perlu dipupuk sejak kecil lagi.

Guru-guru yang bertugas pada minggu ini ialah Puan Ananda Kitha, Puan Che ku Nor Azizah, Puan Kalaivani dan Puan Selvi.